Wednesday, December 9, 2009

Selangkah ke alam fashion

Bila aku melangkah ke pertengahan remaja, aku mula berfikir,apa nak jadi kat aku ni? langsung xambil kisah dengan gaya...semakin hari aku semakin dewasa,aku gi tandas,time tu shopping mall yang jadi feveret aku adalah kat wisma satok. Tandas kat situ ada cermin besar... Aku mula melihat diriku...T-shirt kolar warna merah,seluar sukan warna hijau...dan yang penting ta'in....hihi.Bila ku fikir balik,memang macam badut gak aku....tu la dressing aku time gi outing 5 tahun yang lalu.Awek mana la nak sangkut kalau camtu kan?
Pengakhiran tingkatan 3 aku habiskan dengan mengkaji tentan ilmu penggayaan. Consult ngan pakar fashion melalui internet...buku2 dan magazines..Aku mengalami transformasi fashion sejajar dengan dunia. time aku form4 aku move dari sekolah biasa ke sekolah teknik...kat situ, aku ambik hal ehwal mekanikal. jauh bidang ke arah fashion...tapi aku tidak menjadikkannya sebagai satu halangan....misi aku tak terhenti...aku terus mengkaji tentang ilmu penggayaan. Time kat skul teknik,aku mula mengubah gaya ku...dari yang nerd more to fusion...trendy...dan aku mula rasa selesa dengan penggayaan ku ketika itu...dat time, aku merasakan diriku berjaya membuat kajian dan kajian ku berhasil. Tapi, aku masih samar tentang penggayaanku, kerana seolah ianya tiada identiti tersendiri.....aku terus menela'ah tentang ilmu fashion...aku mula didedahkan dengan fashion skin,punk di dalam internet... yang menjadi tarikan tentang fashion ideologi ini adalah,mereka tidak mencampurkan penggayaan mereka dengan elemen dari ideologi lain, maksudnya...mereka ada identiti tersendiri. Means, kita dapat membezakan ideologi mereka dengan fashion mereka.

No comments:

Post a Comment